Kisah Diri

Panggil saya Muhamad Abdul. Cukuplah nama pena sebagai pengenalan. Bukan sombong atau takut mendedahkan identiti. Tapi cukuplah nama pena untuk mengelakkan riak, takabbur dan lain - lain.

Saya merupakan seorang yang telah lama berminat dalam bidang pelaburan. Seperti ramai orang lain, saya berjaya mendapatkan ijazah kepujian dalam bidang kejuruteraan pada umur 23 tahun. Setelah beberapa bulan bekerja sebagai jurutera, saya akhirnya berkahwin pada umur 24 tahun. Pengalaman bekerja saya termasuklah di Malaysia, Singapura dan New Zealand.

Saya mula berusaha meningkatkan ekonomi diri sejak di bangku universiti lagi dan mula bekerja pada tahun pertama dan dapat menyimpan lebih kurang RM 30,000 sepanjang pengajian saya. Langkah pertama yang saya lakukan dalam bidang pelaburan bermula ketika saya membeli emas fizikal yang kini bernilai lebih lima ribu ringgit.

Alhamdulillah, pada usia 25 tahun saya berjaya memiliki rumah sewa pertama, sebuah apartment bernilai lebih dari RM 300,000. Tidak lama kemudian saya membeli sebuah lagi rumah sewa dalam harga yang sama. Selain bidang hartanah, saya juga terlibat dalam pelaburan emas dan unit amanah. Kini, nilai aset bersih diri saya hampir mencecah RM 1 juta. InshaAllah, dalam tempoh 5 tahun mendatang, saya akan berusaha gigih menggandakannya. Saya percaya ramai orang yang boleh mencapai tahap ini pada usia muda.

Dengan syarat, hendaklah sedia untuk berusaha gigih, hidup cermat, dan rajin serta konsisten. Pada umur 26 tahun, saya ingin mencari idea - idea baru untuk mendiversifikasikan pelaburan saya. Antara minat saya termasuklah hartanah, pertanian, pendidikan dan perniagaan online. Pun begitu harta bukanlah segalanya kerana tidak boleh dibawa mati. Saya bercita - cita menjadi hartawan sebaik Uthman Affan R.A.

Antara projek yang sedang dalam perancangan termasuklah Skim Makanan berzat rakyat miskin. InshaAllah.

Di sini, saya akan berkongsikan idea2 dan tips cermat dan pelaburan bijak.

Wasalam.

Muhamad Abdul

1 comment:

  1. Assalamualaikum Muhamad Abdul,saya zarul ingin mencari rakan perniagaan untuk satu projek yang telah lama saya sendiri hasilkan.sesuatu projek yang boleh saya katakan kelas A.ni no saya...zarul 013 2699821 gombak.mencari rakan perniagaan yang jujur baik.

    ReplyDelete