Thursday, September 8, 2011

Kenapa Harga Emas Turun dan Naik?

Sebab apa harga emas naik mendadak?

Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu  sekarang, semakin ramai pelabur yang memilih untuk melabur dalam pasaran emas. Harga emas pada waktu ini telah mencecah USD 1900 bagi 1 ouns. Bagi mereka yang membeli emas dalam tempoh 10 tahun lepas, tentunya telah mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Seperti saya telah membeli emas 2 ouns ketika harga baru USD 1400. Alhamdulillah rezeki tuhan beri USD1000 untung. Harga emas di pasaran futures (spekulasi harga masa depan) didagangkan pada USD 1928 untuk bulan Disember 2013. Namun begitu, ini bergantung lepada kadar faedah yang rendah dalam pasaran.

Ada juga pakar yang meramalkan bahawa harga emas akan naik sehingga ke USD3000 jika keadaan sekarang di mana kadar faedah meningkat berterusan. Ini terhasil kerana pelabur akan mencari pelaburan yang selamat dan kurang  “volatile” untuk meletakkabn perbendaharaaan mereka.

Tapi, bagi kita pelabur biasa, eloklah jika kita tahu secara kasar kenapa harga emas boleh naik dan juga bagaimana harga mas boleh turun. Berdasarkan pengetahuan asas dalam hal ini, kita boléela secara kasar meramalkan bila untuk beli dan bila untuk jual emas.

Jadi, apakah sebab harga emas naik?

Kalau korang fikir secara logik, mesti ada sebabkan kenapa harga emas naik? Agak bendul la kalau ada sesiapa yang percata kata – kata sesetengah broker emas yang berkata harga emas akan sentiasa naik dan tak preña turun. Sebenarnya, aku kesian jugak kat orang-orang yang beli emas ni buta-buta hanya sebab dia tengok statistik emas dalam 10 tahun ni. Kalau dia tengok statistik yang lebih luas, dia akan perasan emas juga boleh turun harganya. Apa yang penting, melabur ni, mesti ada strategi! Ikut hati mati oo!

Ok, balik pada topic…

Ada 2 sebab kenapa harga emas naik mendadak kebelakangan ini.

·        Permintaan mendadak dari pasaran India dan China untuk emas dalam bentuk barang kemas. Antara tahun 2009 ke 2010, permintaan untuk emas dalam bentuk barang kemas telah meningkat sebanyak 17 peratus bersamaan dengan 2059.6 tan. Jadi permintaan yang melonjak ini telah menyebakan harga pasaran juga naik mendadak. Sekiranya berlaku crisis ekonomi yang teruk di 2 negara ini sehingga rakyatnya tidak lagi mampu membeli barang kemas, maka harga pasaran akan sedikit merudum. Jadi, sesapa yang nak mengembangkan portfolio pelaburan dalam sector emas, silalah perhatikan senario pasaran barang kemas emas.

·        Sebab kedua ialah kerana keyakinan pelaburan dalam emas semakin kukuh selepas melihat kejayaan institusi yang melaburkan harta mereka dalam emas mengharungi krisis 2008. Maka, lebih ramai pelabur yang menambahkan lagi asset emas mereka. Disebabkan ini, permintaan emas meningkat lagi dan harga emas terus melonjak

Apakah yang boleh menyebabkan harga emas merudum?

Ada beberapa sebab yang mungkin akan menyebabkan harga emas merudum. Hatta, beberapa pakar EMAS sudah memberi amaran tentang risiko pelaburan EMAS. Antara sebabnya termasuklah

1. Lebihan bekalan emas. Sekiranya harga emas terus meningkat, jumlah keuntungan pelombong emas akan meningkat. Dengan ini, mereka mungkin akan melibatkan diri mereka dalam penerokaan yang memberi banyak pulangan. Yang akhirnya menyebabkan lambakan emas. Lambakan emas dalam pasaran akhirnya akan menyebabkan harga emas di pasaran merudum..

2. Perompak emas. Dulu tahun 1997, kita deikejutkan dengan fenomena perompak matawang. Dimana, seorang spekulator ni, beli banyak gila ringgit, sehinggalah harga ringgit naik tinggi. Bila dah cukup tinggi, dia jual semua dalam pasaran. Menyebabkan lebihan matawang ringgit dalam pasaran.

Disebabkan ini. Nilai ringgit susut mendadak. Sama juga dengan emas. Ada yang beli emas banyak gila, bila cukup banyak dia jual. Akhirnya berlaku lambakan emas dalam pasaran. Bila yang pelabur kecil2 tengok pelabur2 besar semua jual, dia pun akan menjual. Ini dinamakan jualan panic. Jual sebab semua jual dan harga semakin turun. Ada kemungkinan penyusutan harga EMAS 2 minggu lalu ada kaitan dengan spekulator nak test2 water. Macam mana market ….

3. Kalau India perang, atau ada krisis ekonomi yang dahsyat, maka permintaan emas hiasan akan turun. Sekaligus permintaan emas dunia turun. Bila lebih supply, kurang demand … maka harga pun akan turun.

Apa nak buat? NAntikan ….

No comments:

Post a Comment