Saturday, August 27, 2011

Tips Keramat Menjadikan Ringgit Anda Lebih Bernilai - Bahagian 1


Dalam keadaan ekonomi sekarang, amatlah penting untuk kita terus menerus berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Akhirnya, dalam penjimatan itu perlulah ada target yang ingin dicapai supaya kita akan termotivasi untuk berjimat.


Hari ini, saya akan kongsikan 5 tips keramat untuk memastikan duit gaji anda atau duit elaun anda cukup ( paling tidak takdelah sengkek seperti sekarang =p)


  1. Sedarlah diri -- Kebanyakan orang kita suka berbelanja diluar kemampuan diri sendiri. Contohnya, gaji lebih kurang RM 1500 tetapi handphone Iphone 4! Dengan memiliki sedikit kawalan diri dan kesedaran tentang kedudukan ekonomi diri dan keluarga, penjimatan akan dilakukan dengan automatik.
  2. Bawa kereta pelan2 -- Bawa kereta laju2 ni, memang syok. Bunyi enjin dia rev .. perghh best gile. Tapi masalahnya, rev2 ni la yang bikin minyak cepat abis. Ambo selalu tengok gelagat pemandu - pemandu kita ni... suka sangat tekan bila nak sampai tol. Padahal dah nak berhenti dah... lebih efisien jika dibiarkan sahaja kereta tersebut dipacu oleh momentum. Jimat minyak!
  3. Elakkan merokok - Merokok ni, kalau ikutkan ambo nak cakap jangan merokok! Tapi ada kawan2 kita ni memang takleh nak lepas dah. Jadi, jika elakkan sikit atau kurangkan dari 10 batang jadi 8 batang sehari ... dalam sebulan jimat 50 batang tu.
  4. Jangan beli akhbar -- Ni .. ambo ni bukan ajak kawan2 boikot paper ke apa. Cuma, sekarang ni, dah ada banya paper online. Jadi, kalau takde keperluan, baca je lah paper online tu. Sama je, maklumat tetap sampai. Jadinya, jimat RM 1.20 sehari. Sama dengan RM 36 sebulan
  5. Bawa Bekal ke pejabat -- Kadang - kadang, membawa bekal adalah satu perkara yang tak macho untuk dibuat. Member - member akan kata macam2. Tapi takpe pedulikan itu semua! Ambo pernah cuba untuk bawa bekal selama 3 bulan berterusan. Hasilnya, waah mengagumkan Alhamdulillah! Cuba tengok perkiraan dibawah ni
          Beli
    1. Sekali makan luar (lauk + air + nasi) = RM 6 (murah ni)
    2. Kerja 22 hari sebulan jadi total = RM 132
    3. Setahun totalnya = RM 1584
    4. Jadinya ... kita sedekahkabn RM 1600 pada makcik kedai tu tiap tahun (untuk kita sorang je ni!!)
         Bekal
    1. Sekali masak di rumah untuk 5 orang (nasi, ayam separuh, sayur) = RM 10
    2. Jadinya, satu orang kosnya lebih kurang RM 2
    3. Jadinya, kalau kita bawa bekal sebulan = RM 44
    4. Setahun = RM 528
Jadi, ambo nak buat lah perbandingan sedikit jumlah penjimatan yang kawan2 akan dapat jika ikut tips2 ambo ni kali ni.

Kos tanpa tips

  1. Rokok 10 sehari = RM 150
  2. Makan RM 6 sehari (lunch saja) = RM 180
  3. Bawa kereta rev2 (seminggu) = RM 60
  4. Beli akhbar hari2 RM 1.20 = RM 36
  5. Jumlah = 606

Kos dengan tips keramat

  1. Rokok 8 sehari = RM 120
  2. Makan bekal RM 2 sehari (lunch saja) = RM 60
  3. Bawa kereta cermat2 save 10% (seminggu) = RM 54
  4. Beli akhbar hari minggu saja (lain baca online) RM 1.20 = RM 9.6
  5. Jumlah = 405.6
Jadi, dengan amalan macam ni, penjimata sehingga 30%!!!

Pengajaran : Ubah gaya hidup!





No comments:

Post a Comment