Sunday, August 28, 2011

Tips Pelaburan Unit Trust Bahagian 1

Sejak kebelakangan ini, tentu ramai yang telah terdengar tentang unit trust. Selain pelaburan unit trust, terdapat juga yang memilih untuk melabur dalam saham, emas, komoditi, hartanah, asb dan lain - lain.

Jadi hari ini, kita bicara sedikit tentang pelaburan unit trust. Dalam posting kali ini, saya akan kemukakan 2 soalan biasa yang ditanya oleh pembaca, FAQ beserta jawapannya. Tapi ingat.... banyak sebenarnya soalan tentang unit trust ni. Jadi itu sebabnya kita ada banyak bahagian.

Soalan 1: Apa itu unit trust?
Jawapan: Unit trust ini sebenarnya adalah satu jenis pelaburan yang hampir serupa dengan pelaburan saham. Cuma bezanya, berbanding dengan pelaburan saham di mana kita perlu membeli unit saham tersebut dan wang kita dibayar terus kepada syarikat itu. Contohnya, kalau saya hendak beli saham Restoran Ali Maju yang dijual pada harga RM 1.50 seunit, Saya bayar RM 1500 untuk dapat 100o unit saham Ali Maju.

Tapi, kalau Ali Maju lingkup .... maka saham2 saya itu pun akan turun harga mungkin boleh jadi RM 0.50 saja. Jadi disini, antara kriteria yang jelas ada pada pelaburan saham ialah RISIKO TINGGI!. Tapi, kalau lah Ali Maju untung gila2 ... sahamnya jadi RM 10 se unit ... maka saya untuk 1000%.

Saham = Risiko Tinggi = Potensi pulangan boleh tahan = Potensi rugi gila pun ada

Berbeza dengan unit trust, saya beri duit untuk membeli unit DANA bukan SAHAM (FUNDS not STOCK) Saya membeli unit dalam satu dana atau tabung pelaburan yang diuruskan oleh beberapa pengurus dana. Pengurus dana ini merupakan orang2 yang berpengalaman dalam bidang pelaburan dan ada pandangan yang luas tentang pasaran semasa.

Fund manager ni pula, akan ambil duit2 yang dilaburkan dalam dana tadi dan akan melaburkan dalam pelbagai jenis saham. Sebagai contoh, jika Dana Hebat ada RM 1 Juta, pengurus dana mungkin akan melaburkan 200 Ribu dalam pelaburan hartanah, 300 Ribu dalam syarikat Ali Maju tadi, dan 500 Ribu dalam pelaburan Emas.

Jadi kalau perasan, semua pelaburan ini dalam sektor berbeza. Ini dinamakan DIVERSIFICATION. Ini adalah penting untuk mengurangkan risiko rugi sekali gus jika berlaku. Dalam kata lain, Diversification ni ialah pengagihan risiko. Contoh

Hartanah untung 5%
Ali Maju Rugi 10 %
Emas Untung 20%

Jadi totalnya, untung 15%. Untung ini akan di agihkan pula pada pelabur.

Soalan 2 : Bagaimana Buat Duit dengan Unit Trust

Unit trust merupakan satu pelaburan yang menguntungkan ... itu kata orang. Tapi sebab apa? Bagaimana? Untuk buat duit dengan unit trust ada dua cara.

  • Beli murah jual mahal
  • Dapat dividend
Cuba tengok graph bawah ni


 kredit : http://abangkuraden.blogspot.com/2011/02/cimb-dali-equity-growth-fund-graph-23.html

So, katalah kita laburkan 10 ribu waktu unit harga RM 1. Bila Unit jadi harga RM1.2 kita boleh juga jual. Dapat la untung RM 2000. Risiko tetap ada .. tapi tak la seganas Saham tadi ...

Jadi, sekian buat masa ini ... kalau ada soalan, silalah tanya2 mana yang boleh jawab saya jawab ye!





No comments:

Post a Comment