Wednesday, September 7, 2011

Tips Menjadi Kaya Buat Pasangan Muda

Anda muda? Baru kahwin? atau nak kahwin? Anda nak jadi kaya????

Pertamanya, yang baru kahwin tu, tahniah! anda telah melaksanakan salah satu sunnah nabi yang sangat besar. KEpada yang akan berkahwin, tahniah jugak sebab korang sedang ke arah buat benda baik Kepada yang tengah kapel tapi tak nak kawin lg tu ... er ... tahniah jugak la kot ... sebab apa? aku pon tak tau. cam takde makne je ...

Ok2 back to the story...

Untuk bergerak ke arah kekayaan (journey towards richness) ini, ada 3 cara. Pertamanya, perlu menyimpan, bekerja kuat dan melabur. Sebab, dalam dunia ni takde yang mudah yang kekal. Even orang yang jual tudung online, biskut online, bra online, panties online, dan segala yang online, semuanya ada apa? ... USAHA...

Jadi, memandangkan entry ambo hari ini tentang tips menjadi kaya pengantin baru, ambo akan kongsikan sikit2 cara2 untuk tambahkanlah perbendaharaan harta korang tu. ....

Perjalanan untuk menjadi kaya bagi kebanyakan insan yang normal (macam kita2 aje ..) bermula dengan kebolehan menyimpan. Dari simpanan jadi pelaburan dan dari pelaburan jadi la kekayaan. Teknik nak jadi kaya macam ni boleh dikategorikan sebagai Skim kekayaan pasif. Ia kurang agresif, kurang risiko dan berhasil buat jangka masa panjang.

Tapi ingat, semua bermula dengan simpanan. Berikut tips2 yang ambo nak kongsi ni deh ..

  1. Kurangkan hiburan. Hiburan ni bagus .. merehatkan minda, menenangkan jiwa dan boleh juga merapatkan hubungan suami isteri ... hehe contohnya, kalau tengok cite omputeh cium2 kat tv tu .. nnt suami pun mula la lentok2 x tentu pasal... Tapi, hiburan yang banyak sgt atau berlebihan boleh buat kita buang masa, lupa solat, malas, lembap, boroi, gemuk, buncit, dan paling penting, poket kosong! Contohnya, kalau sekarang ni perangai kita nak langgan astro yang lawak2 tu, kan kena bayar lebih .. kalau kita kena beli DVD latest kat pasar tiap minggu, bayar lebih ... tengok wayang tiap minggu ... bayar lebih. Contoh pengiraan, kata la tiap hari ahad, laki bini tengok wayang ... jadi harga sebulan = 26x4=RM 104! Setahun ... RM 1200 Lebih!
  2.  Kurangkan duit minyak. Ini termasuklah minyak masak, minyak dagu, minyak rambut, minyak pelincir, minyak lintah dan jugak minyak kereta. Muda2 ni, baru2 kawin ni, pakai kete enjin 800 ke 1300 cc jadi lah... jalan gak yek? minyak rambut tu .. beli yang cap giant ke econsave ke, takpe orang bukan tau. Ambo ni, eksekutif... syarikat antarabangsa... pakai minyak rambut cap carrefour ... baru 3 ringgit lebih sebulan .. jimat beb! Kete pon enjin kecik je walaupun ada peruntukan sebenarnya. Tapi takpa, sebab kami ada perancangan jangka panjang...redha je la
  3.  Kurangkan makanan snek. Ni lagi2 untuk kaum2 bini. Saya perhatikan, lepas makan ni mestin nak beli buah la, chips la, karipap la apa la itu la dan macam. PAling tidak, sebulan belanja RM50 utk snek pada hari keje saja. Setahun, RM 600! Kalau snek dgn laki bini dan anak2 takpe jugak sebab belanja utk aktiviti keluarga .. byk paedahnya. JAdi, kalau nak makan buah lepas makan, beli je kat pasar tiap minggu. Murah pun murah, lagi banyak pun iye.
  4. So, stakat ni ambo dah tunjuk cara untuk nak dapat sekurang2nya RM1800 yang hilang dari poket tanpa disedari
  5. Menabung. Kita tak nampak ni. Tapi cuba kalau kita simpan RM50 je untuk setiap anak kita setiap bulan. Jadi nya, setahun kita simpan kat depa RM 600. Sampai umur dia 20, kita simpan kat dia RM 12000 bersih. Kalau pandai sikit, masuk la SSPN ke ASB ke, biar ambo kirakan utk ASB dengan dividen + bonus 8% setahun. Kalau tak mampu, kurang la sikit .. 40 ke, 30 ke, tapi apa2 pun, ini untuk masa depan anak kita jugak ... Masa depan anak kita, masa depan kita jugak kan??

TahunPokokDividen+Bonus
060048
1124899.84
21947.84155.8272
32703.667216.2934
43519.961281.5968
54401.557352.1246
65353.682428.2946
76381.977510.5581
87492.535599.4028
98691.937695.355
109987.292798.9834
1111386.28910.9021
1212897.181031.774
1314528.951162.316
1416291.271303.301
1518194.571455.566
1620250.141620.011
1722470.151797.612
1824867.761989.421
1927457.182196.574
2030253.752420.3


Jadi, setakat ni tulu tips2 dari ambo untuk nak jadi kaya buat pasangan muda. Ingat! menyimpan ialah pintu kepada nak jadi kaya. Disusuli dengan pelaburan dan lain2


 

No comments:

Post a Comment