Tuesday, August 30, 2011

Pakar Memberi Amaran Tentang Emas



Ok... ini ceritanya, harga emas naik lagi, tapi penasihat kewangan dunia masih berpesan pada pelabur untuk berhati - hati dan tidak meletakkan terlalu banyak duit mereka dalam emas. Ini kerana terdapat risiko pelaburan emas.

Disebabkan pasaran saham yang sentiasa turun naik, ramai pelabur telah memilih emas kerana kononnya tiada risiko pelaburan emas. Pun begitu, risiko pelaburan emas ni sebenarnya timbul disebabkan kegilaan pelabur membeli emas dan menyangka tiada risiko pelaburan emas. Risiko pelaburan emas ini hadir dalam bentuk 'bubble'

Menurut sebuah bank yang menjaga aset orang2 kaya dunia, Wells Fargo Bank,mereka yakin bahawa tahap harga emas sekarang ni dah sampai ke tahap bubble. Disebabkan bubble ini, harga emas mungkin boleh turun dengan cepat dan tanpa disangka - sangka.

Pada tahun 2008, ada satu period 6 bulan ni, emas turun harganya sebanyak 30%. Pada tahun 1980 pula, harga emas menjunam 65%! ... Nah, sapa kata pelaburan emas selamat?

Jadi, sebelum melabur emas, ingatlah emas memang tengah naik gila - gila sekarang, tapi dengan risiko pelaburan emas yang saya ceritakan tadi, tak mustahil boleh menjunam

Kalau kita tengok, pada trend yang baru2 ni, harga emas di New
York jatuh 5% .. kejatuhan paling besar dalam masa 18 bulan. JAdi di sini, pelabur mula mengambil sikap hati - hati dalam melabur emas. Jadi, pada 23 Ogos, emas memecah harga rekod $1,917.90 tapi lepas tu, jatuh 5 peratus dalam masa 2 hari je

Bubble ni bukanlah satu yang asing dalam pelaburan ni. Kita dah pernah tengok housing bubble di USA sebelum ni. HArga rumah naik gila2. Dan2 je orang kumpul rumah, Zaaasss menjunam harga rumah.. Ramai yang jadi homeless.

Tech bubble pun ada juga...dulu2 handphone ni luxury.. sekarang dah jadi commodity biasa je. Begitu juga dengan hari raya bubble.

Hari raya bubble ni contohnya, kita beli 1000 packet kuih raya untuk jual pada harga RM25. Tiba2 bila pengumuman besok raya, habis menjunam harga jadi beli 2 percuma satu terus. Bubble la tu.

Jadi balik semula pada isu risiko pelaburan emas,emas ni bukan macam saham atau hartanah. Saham boleh dapat dividen. Rumah boleh dapat sewa. Emas? Macam mana nak buat duit? Orang yang melabur emas gila2 ni, banyak yang berharap harga akan naik dan akan ada orang yang beli darinya pada harga yang lebih tinggi. Ingat .. berharap.

Balik pada isu risiko pelaburan emas, kalau tengok graf dalam posting saya sebelum ini, selepas harga emas jatuh 65% pada Januari 1980, pelabur2 yang beli waktu harga rekod hanya dapat break even pada January 2008. Kiranya, jual 28 tahun kemudian, baru dapat balik nilai yang dibayar tu. Belum untung lagi ni!

28 tahun lagi, hidup ke dak yeh.... Jadi itulah, berhati2lah dengan risiko pelaburan emas ni..nanti saya update lagi tentang faktor2 yang boleh mempengaruhi risiko pelaburan emas.

Tambahan (31/8/2011)

Pertamanya, saya menghargai input dari pembaca.

Soalan: boleh share pakar mane yg memberi amaran ttg pelaburan emas ni ?

Jawapan: Saya masukkan beberapa sumber. Nantikan entry saya bertajuk Berapa Harga Emas Yang Baik?

Sumber 1: Erik Davidson, deputy chief investment officer for Wells Fargo Private Bank
"We believe that we have reached the point where we can confidently state that interest in gold investing has reached the level of a speculative bubble,"
But seriously, investors need to curb their enthusiasm, he said. Gold is not going to climb in perpetuity.
Rujuk sini

Sumber 2: CNBC.com

Gold has actually been rising gradually since the early years of the last decade, Kathleen Brooks, research director at Forex.com, pointed out in a research note Wednesday.
"Even if gold has been in a current uptrend for the best part of 11 years, history tells us that trends in gold can persist for longer than this," she said. "Gold has been called a bubble for years; however, so far it hasn’t popped in any meaningful way."
Analysts at Mirae Asset in Hong Kong have cautioned that the precious metal is in a bubble that’s about to burst.
The World Gold Council, the industry body, predicted earlier this month that full-year demand for gold will increase.
"Gold is currently above its weekly, daily and even hourly moving averages, which suggests it is in overbought territory," said Brooks.
"However, the price keeps powering ahead towards $1,900… in such overbought territory we urge caution"

No comments:

Post a Comment