Monday, August 29, 2011

Saham Akhirat

Dalam kita sibuk untuk mengumpul kekayaan dunia, seharusnya kita tidak lupa untuk membina saham akhirat kita. Ini sekaligus bertepatan dengan peringatan Rasulullah SAW yang mengajarkan kepada kita tentang 3 perkara yang tidak akan terputus iaitu:

1. Anak yang soleh yang mendoaakan
2. Ilmu berguna yang dimanfaatkan
3. Sedekah jariah



Bercakap tentang sedekah jariah ni, kalau dilihat disekeliling kita ni memang banyak peluang untuk kita bersedekah jariah. Buat yang ada lebih masa, bolehlah pergi mencari orang2 miskin yang boleh di bantu. Jika yang kurang masa, mungkin boleh membuat sedekah jariah melalui agensi2 yang telah wujud.

IDEA

Satu idea yang saya dapat tentang projek sedekah jariah ialah seperti berikut:

1. Pergi ke sekolah berdekatan
2.Tulis surat, minta guru besar atau guru kelas senarai pelajar
3. Bukan sebarang senarai .... senarai nama pelajar2 miskin/anak yatim dan ibu tunggal
4. Tetapkan bajet bulanan anda (tak semestinya sorg2 .. boleh juga satu keluarga adik beradik dan mak ayah anda, kawan2 atau pejabat)
5.Pilih (part susah ni) keluarga/ pelajar untuk jadi anak angkat anda
6. Edarkan

Contohnya,

Jika saya tetapkan bersama kawan2 dan keluarga nak taja RM 100 sebulan. Bermakna saya akan dapat bantu 5 keluarga jika saya beri beras 10kg setiap keluarga setiap bulan. Hasil dari beras itu, anak2 akan membesar, ibu akan ada duit lebih untuk hantar anak tuisyen sebab tak payah beli beras. Anak akan berjaya (inshaAllah), anak sumbang kepada ibu bapa, anak beri sedekah di masjid, anak akan bina keluarga islam baru etc.

Nampak seperti tak signifikan ... RM20 je sebulan .. tapi, kesannya berpanjangan bukan?! So, buat yang ada duit lebih, apalah salahnya kita peruntukkan sedikit untuk orang2 miskin ... melewati kewajiban zakat fitrah saja.

Lagipun bukankah dalam harta orang yang beriman itu ada hak orang miskin yang meminta dan tidak meminta?

Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian. (QS. Adz-Dzariyat: 19)

No comments:

Post a Comment