Saturday, September 3, 2011

Syawal, Kahwin dan Drakula Bisnes -- Melayu Materialistik?

Salam wrh



Dalam minggu pertama Syawal ni, sedang orang masih mendapat jemputan2 openhouse, saya telah mendapat jemputan kahwin. Tahniah kawan! Saya doakan agar dia hidup dalam keadaan diberkati selalu bersama2 dengan keluarga barunya. Satu perkara tentang perkahwinan di Malaysia ni, semuanya tentang duit!

Bila nak kahwin, maknya kata … Minah, si samad tu keje apa? Gajinya brape ? uiih bnyk jugak ye.

Bila nak tunang … maknya kata … hmm Samad ni keje nye doctor, luar Negara lagi tu. Minah pulak kerja eksekutif .. jadi.. makcik bagi hantaran 15 ribu ye?

Samad pun pulang dengan berpikir panjang … mana la nak cari duit 15ribu tu. Tambah pulak, ibunya cakap.. haih Samad, kenduri engko tu kita jemput 1000 org tau .. Cincin tu, takkanla nak beli yang 2 ribu je … aik set perabot 3 ribu tak beli lagi?

Nanti apalah pulak kata mak long kau tu.

Dulang tu nanti kita isi dengan hadiah bernilai 500 ringgit satu dulang tau.

Tak cukup dengan tu .. nenek dan makcik pulak cakap. Samad .. ko ni doctor .. takkanla pakai kereta second hand tu je… beli la Vios ke, Mazda 2 ke, BMW ke.. baru la kelas!

Orang akan kata ... alah kalau tak mampu nak keluar belanja semua tu, tak payah la kahwin. Tapi masalahnya, belanja semua tu bukannya wajib. itu pun bukanlah adat melayu tradisional. Ini semua adat orang2 bisnes yang meperkenalkan trend katering 10 lauk, khemah berkipas2, door gift 3 hinggit sebijik, baju 10 pasang, pelamin 10 ribu... ini semua bisnes. Orang melayu tak sedar duit mereka disedut oleh drakula2 bisnes ni. sedut anak muda melayu sampai kering duit.



Orang lain kawen jugak 30 ribu ringgit jugak. Tapi 30 ribu tu 2 belah pihak. Kita ni sebelah pihak saja dah 30 - 40 ribu!

Akhirnya, kita tengok di Nilai tu, berduyun2 org melayu beli barang hiasan nak kahwin kat kedai cina. Last2 hiasan2 tu akan dibuang juga.... tapi buang2 pun 10 - 20 ribu jugak tu.


 Dengan kursus kawen pun tak boleh blah jugak. Memang menjadi bisnes betul. Saya pernah hadir satu kursus kendalian satu jabatan agama ni .. bukan nak berlagak .. tapi boleh kata kebanyakan benda yang dibincang tu, dah dibincang di tempat belajar dulu. Yang lebih2 tu, lawak bodoh dan juga aksi dan lawak lucah. 80 ringgit tu.

Kalau setiap tahun di selangor contohnya ada 1000 org nak kawen (minimum sgt) tak ke 80 ribu? kalau 10ribu? 800ribu beb. Camni Ana nak amek diploma pengajian islam ajar kursus kawen la. banyak duit oo.

Apa lah sangat kos untuk kursus kawin tu.

  • buku = 15
  • makan = 10
  • dewan - bangunan jais
  • gula2 - 1
  • kira paling banyak kos 30 ringgit la.
  • jadi dari satu kepala dapat 50 ringgit
  • kalau satu sesi ada 40 org dapat 2 ribu
  • kalau ada 4 sesi sebulan dapat 8 ribu
  • kalau ada 8 penceramah - 1000 sorang?
Bisnes semua tu. Kalau betullah kursus kawen tu nak membantu menyediakan masa depan berumah tangga cara islam ... takdenye cite2 lucah sume tu. Tambah lagi .. takdenya charge sampai 80ringgit sekepala. charge kos minimum saja.

berapa ramai ustaz2 yang saya kenal yang travel dari terengganu ke kl, dari kl ke perlis dari msia ke uk tanpa minta byk2 pun duit. Mereka buat semua tu kerana nak sampaikan dakwah nak didik anak bangsa ke arah islam. Tapi berapa ramai juga ahli agama yang buat mcm nak bantu tapi sebenarnya nak duit!

Alih2 kebiasaannya, belanja nak kahwin ni sampai jadi 30ribu, 40 ribu dan beribu raban lain. Maka ramailah anak2 muda kita

  • amek hutang,
  • tak kahwin,
  •  'main kahwin2 tanpa nikah',
  •  jangan tiru aksi ini: atau saja kena tangkap basah bagi cepat kawin.  --> Murah, mudah dan cepat!
  • jangan tiru aksi ini: atau pun kata malas ar kawin. aku bedal je apa yang ada ni.

Jadi, kesimpulan saya tentang masyarakat melayu Malaysia …

Kita kaum Materialistik!! Adat kita telah di'hijack' oleh materialisma

Kita terikut – ikut dengan orang lain buat ... suka untuk membanding2 untuk menunjuk2 kehebatan kita. Orang akan kata macam2 kalau buat simple.

Memandangkan ini realiti, saya tak boleh buat apa2 selain meratapi keadaan ni. Tapi disamping itu, saya dapatlah sikit2 berikan nasihat untuk mengawal perbelanjaan rumah supaya tak lah papa kedana.

Rumahtangga tu dibina atas dasar kasih sayang dan cinta ... tapi duit nak kena ada jugak beb!

Untuk berhadapan dengan realiti Materialistik ini, saya akan berkongsi dengan korang tips2 kebahagiaan ekonomi dalam rumah tangga. Sebab akhirnya, apalah guna kita tunjuk kekayaan kita 50 ribu tu untuk sehari sedangkan sepanjang tahun yang kita kahwin nnt, nak bayar balik hutang kahwin tu?

Besok la tapi. insyaAllah

Apa pendapat anda? Mahu bincang? -- sila komen insyaAllah akan dijawab

No comments:

Post a Comment